Assalamualaikum
Harini kita sembang pasal my trip to Bandung, Indonesia. Alhamdullilah, it was fun weh! Dari shopping sampai ke tempat pelancongan mereka. So let's see perjalanan flight.
Haaa tu diaa, perjalanan sejauh 1455km dan mengambil masa selama 1 jam 55 minit dari Senai International Airport ke Bandung, Indonesia. Cantik kan pemandangan dari atas kapal terbang ni.
TANGKUBAN PERAHU
Apa yang aku suka dekat tempat ni sebab dia sejuk. Boleh feeling feeling mcm dkt Genting Highland ke Cameron Highland bagai tuu. Lepastu dekat tepi tepi tu boleh la nak tunggang kuda ke apa. Buah strawberry pun banyak boleh dapat area sini. Bukan sini je, seluruh area Bandung. Tapayah susah susah pergi mall. Kalau tengah tunggu traffic light pun orang boleh datang datang dekat kereta jual buah setoberi tau.
Cuma aku cakap awal awal laa, the bad side yg aku kurang gemar pasal tempat ni ialah nanti kan terlalu ramai beggers. Dorang akan tolong korang ambil ambil gambar and tunjuk around this place. So at the end korang kena la tolong dorang dengan membeli barangan yang dorang jual dengan harga yang agak cekik darah (kot). So kalau rasa tanak kena paw buat biasa je la.
Ticket masuk IDR 200k (RM64.40) lepastu ter makan dengan penjual penjual sana huhu. Adalah habis dalam IDR 850k (RM273.72) sebab beli tasbih, gelang and keychain. Mungkin harga sebenar lebih murah tapi takpe lah. Anggap je lah awak semua bersedekah. Melancong sambil menderma,
Ni antara benda paling unik korang akan jumpa dekat Tambunan Perahu tu, Ajaib kan ciptaan tuhan ni. Ni pokok sebenarnya, eh kayu. So bila potong kulit kayu tu taaa daaa dalam nya ada ukiran batik macam tu. Lepastu every kayu tu ukuran batiknya lain. Tapi tak bermakna korang kena beli kayu ni bawa balik Malaysia pula. Hahaha. Dorang ada jual bekas pensel, bekas habuk rokok, pasu dll using this beautiful kayu. Mamazing kan?
KAWAH PUTIH
Okay yang ni yang paling cun cun cantik meletop! Aku tak tahu la kalau tempat ni wujud ke tak dekat Malaysia. Tapi you guys should visit this place kalau pergi Bandung. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam. Ibarat dari Johor ke Negeri Sembilan, cumanya ini mungkin 3 jam sebab kena meredah jem yg ya ampun serabut kepala. Sampai kebas ni punggung duduk dalam kereta.
Dia suruh pakai mask tapi tanak pakai pun takde hal hehe |
Kalau korang rasa korang gila bergambar, please please please lah pergi sini. Sebab apa? Sebab view dia tersangat lah cantik. Mahu menangis nak duduk dekat sini tanak balik. Haha
So aku pun ada juga la ambil ambil gambar ootd sikit. Dekat sini pun sejuk juga tapi sebab kawasan belerang. Kot la kot. Aku hentam je.
PASAR BARU
Apalagi yang lebih seronok selain shopping di Bandung ni. HAHAHA. Korang try pergi Pasar Baru ni confirm menangis. Dia ni mcm GM Klang tp version indon sana la. Harga murah tapi tempat crowded sgt so bertabahlah. Kalau nak cari telekung or tudung, even baju yg murah murah try la pergi sana. Satu hari confirm tak cukup!
Dunia kain sulam! Hahahahaha. Harga dah lah terlajak murah, banyak pilihan pula tu. So kalau nak memborong sila lah ke sini. Puas hati. Color semua cuns cunss! Aku pun ada juga memborong lebih sikit untuk jual online. Kot kot ada yang tersangkut ke kan.
CAFE
Aku rasa kedai kedai dekat Bandung sini lagi hispter dari dekat Malaysia. Terlalu banyak cafe dan bistro yg confirm buat korang rasa teruja. Ni salah satu. Aku suka tengok gambar deer tu. Nice kan. Aku cuma pergi ada satu bistro ni, dia punya Nasi Hot Plate Sapi Black Pepper menangis aku makan. Sedapppppppp terlampau.